MISI KELAB SAHABAT AKRAB

View previous topic View next topic Go down

MISI KELAB SAHABAT AKRAB

Post  Admin on Thu Jan 12, 2012 5:38 pm

PENUBUHAN AKRAB

Majlis yang ditubuhkan oleh Paduka Ayahanda Keon. Didalam Majlis ini Terdapat barisan gabungan dari majlis-majlis lain yang turut bernaung sebagai Ayahanda Akrab. Majlis ini telah 5 tahun ditubuhkan. Namun begitu baru sekarang bergerak secara terbuka setelah bergabung dengan Pertubuhan PEMIMPIN dengan menggunakan nombor pendaftaran 3353-11-PPG.



MISI PENUBUHAN KELAB SAHABAT AKRAB



- Di tubuhkan untuk menjalinkan silarturahim dengan lebih AKRAB
- Di tubuhkan untuk mengumpul & menyatukan anak- anak melayu
- Di tubuhkan untuk membentuk 1 komuniti yang sihat
- Di tubuhkan untuk bersama mencerana sesuatu aktiviti yang berfaedah
- Di tubuhkan untuk sama- sama terlibat dalam aktiviti permotoran, reakerasi,Riadah dan sukan


Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul & menyatukan anak-anak Melayu, tidak kira yang "Berbaju" atau tidak, tidak kira dari Majlis @ Kelab mana sekalipun, lelaki mahupun wanita untuk bergabung dan saling merapatkan ukhwah & silaturrahim yang terjalin agar lebih mesra lagi dengan adanya aktiviti-aktiviti yang akan dibuat & dianjurkan di setiap kawasan, insyaallah...




SYARAT-SYARAT PERYERTAAN

- Berumur 18 ke atas
- Terbuka Lelaki dan perempuan
- Beragama Islam
- Berbangsa melayu
- Waras dan sihat
- Tidak mempunyai rekod jenayah










HURAIAN MAKSUD DAN LOGO


1. AKRAB
- Perpaduan, setia kawan, ukhwah, gabungan dan penyatuan yang tidak dapat digoyah oleh sesiapa pun antara sesama ahli di dalam pertubuhan ini.
2. Beramal Asas Sejati
- Moto pertubuhan yang mahukan setiap ahli mengamalkan pembawakan diri yang baik untuk memperkukuhkan lagi asas dan matlamat perjuangan.
3. Warna Putih
- Lambang keluhuran dan ketulusan hati semua ahli yang mengamalkan sifat seorang ahli yang tidak mempunyai sifat iri hati dan dengki sesama ahli untuk bersama menegakkan matlamat perjuangan pertubuhan ini.
4. Warna Merah
- Lambang keberanian dan semangat juang semua ahli yang bernaung di bawah barisan AKRAB. Sanggup bermandi darah demi menegakkan Agama, Bangsa dan Negara.
5. Warna Hitam
- Lambang kepada panji-panji hitam yang dibawa semasa berjuang dan juga lambang kepada kerahsiaan yang harus dipelihara oleh semua ahli yang bernaung di dalam pertubuhan ini.
6. Bentuk Bintang Bucu 8
- 8 penjuru alam yang harus / boleh diteroka oleh setiap ahli untuk mencari ilmu, sahabat dan memperkukuhkan ekonomi semua ahli dan pertubuhan. Lambang kepada ketiadaan batas untuk mengembangkan matlamat perjuangan pertubuhan ini.
7. Bentuk “Ying dan Yang”
- Lambang kepada nilai-nilai murni dan peringatan kepada semua ahli agar dapat berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan kerana setiap ahli perlu faham tentang wujudnya sifat berlawanan dalam setiap perkara di dunia ini.
8. Sarang Labah-labah
- Melambangkan semua ahli bernaung di dalam satu pertubuhan walaupun berlainan Majlis dan Ayahnda nya.
9. Dua ekor Naga
- Lambang kepada kekuatan ahli yang sentiasa menjaga pertubuhan ini dengan seketat-ketatnya agar tidak diganggu gugat oleh sesiapa pun. Semangat juang yang tinggi untuk bersama menegakkan perjuangan pertubuhan juga ekonomi pertubuhan dan ahli.
10. Harimau
- Sifat ahli yang garang, tegas dan tangkas.
11. Pedang bersilang
- Melambangkan kesediaan ahli AKRAB yang sentiasa sedia untuk berjuang kejalan Fisabilillah.

Admin
Admin

Posts : 15
Join date : 12/01/2012

View user profile http://akrabclub.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum