KELAB SAHABAT AKRAB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PERATURAN BERFORUM

Go down

PERATURAN BERFORUM Empty PERATURAN BERFORUM

Post  Admin Thu Jan 12, 2012 2:57 pm

Disini saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang peraturan berforum dan peraturan keahlian KELAB AKRAB.

1) Kepada sesiapa yang mendaftarkan diri di forum ini secara tak langsungnya akan menjadi ahli tak rasmi kelab AKRAB.

2) Forum ini tidak terhad kepada ahli AKRAB sahaja, malah kepada seluruh rakyat Malaysia. Kerana kita boleh kembali kepada asal pengenalan pembukaan laman web ini. Ianya adalah bertujuan untuk membantu masyarakat/ rakyat Malaysia untuk sama-sama kongsi pengetahuan tentang pendapat dan aktiviti.

3) Ketika berforum, tidak dibenarkan meletakkan perkataan lucah atau membuat penghinaan kepada sesama ahli, kelab lain, menyentuh soal politik atau pun sebarang perkataan yang boleh menyinggung pihak lain.

4) Forum/topik hendaklah kena dengan tajuk yang diberi. Tidak boleh pos topik pada ruangan yang salah. Ia bertujuan memudahkan pengguna.

5) Tidak dibenarkan mengiklankan link atau menyebut tentang kelab-kelab kereta lain didalam forum AKRAB. Kecuali link yang memberikan sumber yang berguna untuk baik pulih kereta dan permasalahannya.

6) Ahli forum ditegah sama sekali mengapi-apikan semua ahli AKRAB yang sayangkan kelab ini.

7) Ditegah membuat ulasan boleh menjatuhkan imej AKRAB. Jika ada perkara yang tidak puas hati bolehlah terus email ke admin

Kepada ahli AKRAB yang dikasihi, janganlah kita marah kepada kelab club lain yang menggunakan forum ini. Cuma kita harap mereka akan mematuhi segala peraturan diatas.
Admin
Admin
Admin

Posts : 15
Join date : 12/01/2012

https://akrabclub.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum