KELAB SAHABAT AKRAB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bumi Berdepan Dengan Ribut Solar Terkuat!!

Go down

Bumi Berdepan Dengan Ribut Solar Terkuat!! Empty Bumi Berdepan Dengan Ribut Solar Terkuat!!

Post  joe_dean Wed Jan 25, 2012 7:32 am

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi No No
[IMG=https://2img.net/r/ihimizer/img803/4127/du041.jpg][/IMG]

joe_dean
joe_dean

Posts : 13
Join date : 13/01/2012

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum